Anwar teliti kedudukan semasa kewangan, ekonomi negara

6 hours ago 4
Anwar mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Gabenor Bank Negara Malaysia, hari ini. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
  • Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
  • 10 Disember 2025, 8:28 pm

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Gabenor Bank Negara Malaysia bagi membincangkan kedudukan kewangan serta hala tuju ekonomi negara.

Menurut Anwar dalam satu hantaran di Facebook, pertemuan tersebut memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk menilai situasi semasa.

Katanya, ia juga bagi menyelaras keutamaan dasar dan memastikan langkah-langkah strategik terus memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.
“Pertemuan ini memberi ruang untuk menilai kedudukan semasa, menyelaras keutamaan dasar.

“Serta memastikan setiap langkah yang diambil terus memacu pertumbuhan mampan dan kestabilan ekonomi demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |