Anwar ketika menghubungi dua sahabatnya dari Thailand dan Kemboja semalam.
- Oleh KOSMO!
- 10 Disember 2025, 5:02 pm
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah berhubung dengan pemimpin Kemboja dan Thailand bagi membincangkan pergolakan yang tercetus di kawasan sempadan kedua-dua negara itu semalam.
Anwar berkata, kedua-dua pemimpin menunjukkan keterbukaan dan komitmen untuk meneruskan rundingan demi meredakan ketegangan serta mengelakkan salah faham yang boleh memburukkan keadaan.
“Walaupun belum ada penyelesaian tuntas dicapai, usaha diplomasi berterusan telah memastikan tiada insiden lebih serius berlaku dalam beberapa jam yang kritikal ini,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.
Menurut Anwar, Malaysia akan terus menyokong dialog aman, penyelesaian bersandarkan undang-undang antarabangsa serta kerjasama serantau bagi memastikan kestabilan dan keselamatan di rantau ASEAN terpelihara. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
5

![[VIDEO] ‘Lumpur sampai dua meter, lima orang pun tak mampu angkat kereta’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/BANJIR-ACEH.jpeg)















































