Aksi ekzos berapi musnahkan dua kereta

4 hours ago 1
Anggota bomba memadam kebakaran kenderaan di sebuah pusat membeli-belah di Telok Panglima Garang, malam tadi.
  • Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
  • 22 Disember 2025, 10:04 am

KLANG – Pertunjukkan aksi ekzos berapi di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Telok Panglima Garang di sini, bertukar kecoh apabila dua buah kenderaan musnah terbakar disambar api, malam tadi.

Dua buah kereta yang terbakar adalah jenis Perodua Myvi yang musnah 90 peratus, manakala Toyota Vios sebanyak dua peratus.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.25 malam dengan empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba yang tiba 12 minit kemudiannya mendapati dua buah kereta telah terbakar.

“Kebakaran berjaya dipadamkan pihak bomba dan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu. Punca dan jumlah kerugian dalam masih siasatan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |