AKPS perlu tegas, tidak kompromi isu keselamatan

3 days ago 6
  • Oleh AMREE AHMAD
  • 2 Februari 2025, 4:40 pm
Fadillah bercakap kepada media selepas Majlis Peluncuran Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia di KLIA Terminal 1 di sini, hari ini. Turut kelihatan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

SEPANG- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (APKS) perlu bertindak tegas selain memastikan tiada lagi tolak ansur melibatkan pelbagai isu keselamatan negara.

Perkara tersebut antara nasihat ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai usaha perlu ditekankan agensi baharu ditubuhkan itu.

Katanya, kewujudan APKS bakal meminimumkan kerenah birokrasi dan tiada fungsi bertindih antara agensi.

“Kita mahu berdaya saing serta beri pengalaman pertama mengesankan kepada pelawat, namun memudahkan proses itu tidak bermakna berkompromi isu keselamatan.

“Selain itu, AKPS perlu memastikan tiada waktu menunggu yang agak lama bagi proses pergerakan keluar dan masuk barangan dalam industri logistik,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap sebelum peluncuran rasmi APKS di Anjung Tinjau Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Agensi yang ke-11 dan paling muda di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dibentuk selaras penggubalan Akta AKPS diwartakan Parlimen pada 17 Oktober 2024 lalu. – KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |