- Oleh KOSMO!
- 20 Julai 2025, 1:07 pm

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Aktiviti tersebut merupakan antara rutin pagi Baginda sebagai salah satu bentuk senaman untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan.
Seri Paduka Baginda mengambil kesempatan memeriksa keindahan landskap di persekitaran istana yang terletak di tengah kehijauan taman diraja berkenaan. – KOSMO! ONLINE