Agong berkenan menerima mengadap Putera Mahkota Bahrain

1 week ago 17
  • Oleh KOSMO!
  • 27 Mei 2025, 2:43 pm
Yang di-Pertuan Agong bersama Putera Salman Hamad di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Yang Amat Mulia Putera Mahkota Salman Hamad Al Khalifa.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sutan Ibrahim, pertemuan Seri Paduka Baginda bersama Putera Mahkota Salman berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini

Hadir sama, Menteri Kewangan dan Ekonomi Bahrain, Yang Mulia Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa serta Setiausaha Sulit Putera Mahkota Bahrain, Yang Mulia Shaikh Abdulla Isa Al Khalifa.

Kehadiran delegasi dari Bahrain itu adalah bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara bermula semalam. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |