Ada masalah patut jumpa kaunselor, bukan ‘coach cerai’

10 hours ago 11
Raja Ilya (kiri) antara selebriti yang lantang menyuarakan kewarasan bertemu individu dikenali sebagai 'coach cerai' untuk menyelesaikan kemelut perkahwinan.
  • Oleh DIVA
  • 28 Disember 2025, 9:16 am

PEMBABITAN individu dikenali sebagai ‘coach cerai’ dalam kemelut perkahwinan pasangan selebriti popular, Kamal Adli dan Uqasha Senrose masih hangat diperkatakan ramai.

Tidak terkecuali dalam kalangan artis sendiri apabila ada yang mempersoalkan tugas individu itu sama ada membantu mengukuhkan kembali ikatan suami isteri atau sebaliknya.

Pelakon Raja Ilya antara rakan selebriti yang bersuara dengan menasihati pasangan berdepan masalah rumah tangga mendapatkan bantuan pihak yang arif dan diiktiraf. 

Biarpun tidak menyentuh kes permohonan perceraian dibuat Uqasha, pelakon yang bermastautin di Australia itu tetap menyarankan pihak yang berada dalam situasi sama berjumpa kaunselor.

Katanya, penasihat perkahwinan lebih kepada cara memperbaiki perhubungan tetapi coach cerai secara harfiah melorongkan perceraian

Ada benarnya pendapat Raja Ilya, tapi apa pun hanya yang melalui situasi itu sahaja tahu kisah sebenar sehingga menganggap perpisahan jalan terbaik.

DIVA: Sajat mengamuk dituduh meninggal dunia di London.

Read Entire Article
Pertanian | | | |