Abang maut, adik parah kereta langgar penghadang besi

1 week ago 19
KEADAAN kereta dinaiki dua beradik selepas terbabas dan melanggar penghadang besi di KM182.7 Lebuh Raya Utara- Selatan (arah utara) pagi tadi.
  • Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
  • 23 November 2025, 5:06 pm

JASIN – Seorang lelaki maut manakala adiknya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang besi di Kilometer 182.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa, yang berusia 22 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan adiknya 20 tahun cedera di bahagian badan serta tangan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, ketika kejadian dua beradik tersebut yang menaiki kereta jenis Honda Civic dalam perjalanan dari Johor menuju ke Melaka.

“Kereta yang dipandu si adik telah terbabas sebelum melanggar penghadang besi dan terbalik di sebelah kiri jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Melaka, manakala abangnya disahkan meninggal dunia di lokasi,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |