97 ‘hangus’ lebih RM3 juta, syak ditipu syarikat pelaburan mesin kopi

1 week ago 12

KUALA LUMPUR – Kira-kira 97 individu disyaki menjadi mangsa penipuan pelaburan mesin kopi yang dianjurkan sebuah syarikat dalam negara hingga menyebabkan kerugian lebih RM3 juta.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan daripada mangsa yang mengesyaki diri mereka ditipu dan diperdaya untuk menyertai sebuah program pelaburan sewaan mesin kopi.

“Jumlah keseluruhan mangsa pada ketika ini adalah seramai 97 orang. Akibat daripada permasalahan yang dihadapi mangsa-mangsa terpaksa menanggung kerugian lebih RM 3.67 juta.

“Mereka pelik kerana jumlah pulangan yang dijanjikan oleh pihak syarikat kepada peserta-peserta program pelaburan ini adalah tidak sama dan berbeza di antara satu sama yang lain walaupun peserta-peserta ini menyertai
mengambil dan atau menyertai pakej pelaburan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bukan itu sahaja, syarikat terlibat juga telah gagal melakukan pembayaran pulangan keuntungan yang ditawarkan dan dijanjikan kepada mangsa-mangsa sebelum ini.

“Mangsa menyatakan bahawa mereka tertarik untuk menyertai program pelaburan sewaan mesin kopi ini adalah kerana pihak syarikat melalui wakil mereka telah menjanjikan pelbagai tawaran yang sangat menarik dan janji manis daripada syarikat tersebut.

“Mangsa dijanjikan pulangan pendapatan serta keuntungan sebanyak 20 sehingga 51 peratus secara automatik dengan menyertai program pelaburan,” ujarnya.

Jelasnya, pihak syarikat juga telah berjanji dan menawarkan di dalam sesi penerangan dan representasi mereka bahawa segala urusan pemasaran akan dilakukan oleh mereka, namun, apa yang telah berlaku kepada mangsa-mangsa ini adalah sebaliknya.

“MHO membawa harapan mangsa-mangsa yang ingin memohon kerjasama dan perhatian pihak agensi penguatkuasaan dan siasatan yang berkaitan untuk melakukan siasatan yang menyeluruh dan telus berkaitan kes ini,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |