SHAH ALAM – Polis Selangor menjalankan sebanyak 79 pemeriksaan mengejut di sekolah dan asrama di negeri ini dalam tempoh dua hari sebagai usaha mempertingkat keselamatan serta disiplin pelajar.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, pemeriksaan dilakukan pada awal pagi sekitar pukul 2 hingga 3 pagi bagi mengesan sebarang salah laku termasuk aktiviti pelajar yang tidak tidur dan berpotensi menimbulkan insiden tidak diingini.
Katanya, pemeriksaan terhadap kandungan telefon bimbit pelajar turut akan dilaksanakan sekiranya terdapat maklumat yang memerlukan tindakan lanjut dan ia dilakukan dengan kerjasama pihak sekolah.
“Kita pergi pada waktu 2 atau 3 pagi ketika pelajar sepatutnya tidur bagi mengelakkan sebarang isu tidak diingini.
“(Periksa kandungan tidak bermoral dalam telefon bimbit) sekiranya ada maklumat, kita akan buatnya,” katanya pada sidang akhbar selepas program keselamatan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam di sini, hari ini.
Mohd. Zaini (tiga kanan) ketika kempen anti buli pada program itu.Beliau berkata, rondaan berkala menerusi kenderaan peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan sekolah juga diperhebat bagi memastikan keselamatan persekitaran sentiasa terjamin.
Jelasnya, usaha pencegahan itu turut diperkukuh melalui penglibatan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menerusi sesi libat urus berkala.
“Sementara itu, sekolah dinasihat memperketat prosedur keselamatan dalaman, manakala ibu bapa digalak memantau tingkah laku serta penggunaan internet anak-anak,” katanya.
Tambah beliau, pelajar dan ibu bapa juga digalakkan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk melaporkan sebarang kesalahan terus kepada polis.
“Selain itu, pegawai PPS kini dilantik sebagai ahli ex-officio Jawatankuasa Keselamatan Sekolah di bawah Arahan Pentadbiran Polis No. 171 bagi mempertingkatkan langkah pencegahan secara menyeluruh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
1







![[VIDEO] Dipaksa makan daging babi, minum arak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0524.jpeg)




![[VIDEO] Usahawan hartanah Azlan Al Amin, lima lelaki lain didakwa bergaduh](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0516-e1761545380931.jpeg)






![[VIDEO] Rumah jadi longgokan sampah, penyewa enggan keluar](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_0507.jpeg)





























