5 pasangan selebriti cerai angkara 2 darjat

7 hours ago 3

MEMILIH haluan masing-masing atau bercerai itu bukan satu keputusan mudah buat kebanyakan pasangan suami isteri.
Ada yang burn out atau berdepan keletihan melampau selepas lama berjuang dalam mempertahankan ikatan perkahwinan. Ada juga yang memilih pendekatan alah bisa tegal biasa kerana bagi mereka, rumah tangga adalah ikrar bersama yang perlu dijunjung.

Di Hollywood, ada yang berkahwin hatta tidak sampai sepurnama, namun memilih untuk berpisah selepas tidak lagi senada dalam urusan perkahwinan yang turut melibatkan ketidakadilan ‘nafkah’ atau harta sepencarian.

Selain dilaporkan tidak lagi jujur dengan pasangan, berikut adalah antara figura popular Barat yang bercerai atas alasan utama seperti burn out dan perbezaan darjat.

Mel Gibson & Robyn Moore

Mel dan Robyn berkahwin selama lebih 30 tahun, namun akhirnya bercerai. Tiada perjanjian prakahwin (prenup) dilaporkan, dan sebagai kes negeri California (community property) memohon agar aset dikongsi hampir sama. Dilaporkan, pembahagian aset sekitar AS$425 juta bersamaan RM1.7 bilion (dibahagi setengah kekayaan bersama) untuk Robyn sekali gus merupakan salah satu penyelesaian perceraian paling mahal dalam sejarah selebriti.

Britney Spears & Kevin Federline

Perkahwinan penyanyi pop sensasi, Britney dan bekas suami Kevin banyak mendapat liputan media. Federline menyebut bahawa dia menerima AS$20,000 sebulan untuk nafkah anak serta sekitar AS$20,000 (RM85,000) sebulan untuk bagi separuh tempoh perkahwinan mereka (26 bulan). Ini menunjukkan bahawa selain pembahagian harta, nafkah juga menjadi isu utama dalam perceraian selebriti. Britney juga dikatakan penat dan tidak lagi mahu menampung kehidupan ‘biawak hidup’ yang hanya merosakkan kehidupannya.

Sofía Vergara & Joe Manganiello

Pelakon Sofia dan bekas suami, Joe bersetuju dengan penyelesaian perceraian yang menurut praperjanjian (prenup) mereka iaitu aset terpisah dan kedua-dua pihak melepaskan hak terhadap sokongan pasangan (spousal support). Walaupun isu harta dalam kes ini lebih terkawal disebabkan prenup, ia tetap contoh bahawa status kewangan menjadi elemen utama dalam perceraian selebriti.

Ariana Grande & Dalton Gomez

Ariana dan bekas suami, Dalton mempunyai prenup perkahwinan. Dalam penyelesaian, Grande bersetuju membayar sebanyak AS$ 1.25 juta (RM5.3 juta) bersamaan separuh hasil jualan sebuah rumah mereka bersama. Dikatakan tidak ‘sebulu’ akibat perbezaan status, Ariana juga tidak lagi mampu mempertahankan perkahwinan yang hanya mampu bertahan sekitar setahun lebih.

Michael Jordan & Juanita Vanoy

Jordan dan Vanoy bercerai selepas beberapa tahun perkahwinan. Juanita dilaporkan menerima sekitar AS$168 juta (RM710 juta) dalam penyelesaian rumah tangga mereka. Meskipun Jordan bukan berstatus selebriti, dia tetap contoh besar dalam industri hiburan dan Barat tentang kes pembahagian aset terkait nafkah.

Read Entire Article
Pertanian | | | |