3,033 mangsa banjir di Perak, libatkan 1,036 keluarga

3 hours ago 4
Antara mangsa banjir yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor, Taiping hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS
  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
  • 25 Oktober 2025, 3:38 pm

IPOH – Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila 3,033 individu dari 1,036 keluarga kini ditempatkan di 27 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, daerah Larut, Matang dan Selama merekodkan mangsa paling ramai iaitu sebanyak 2,126 individu (750 keluarga) yang kini ditempatkan di 19 buah PPS.

“Di Manjung pula, 594 mangsa (196 keluarga) pula ditempatkan di Lima buah PPS, sementara di Kerian menyaksikan 203 orang mangsa daripada 59 buah keluarga berlindung di dua PPS,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap tersebut, daerah Perak Tengah pula merekodkan seramai 110 orang mangsa daripada 31 buah keluarga dengan mereka berlindung di sebuah PPS di kawasan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |