2 wanita tarik rambut di atas gunung

1 day ago 11
Tangkap layar video menunjukkan dua wanita bertengkar dengan menarik rambut antara satu sama lain di sebuah gunung. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 11 Disember 2025, 9:00 pm

JAKARTA – Satu klip video tular di Solok, wilayah Sumatera Barat memaparkan dua pendaki wanita bertengkar sehingga menarik rambut di atas sebuah gunung, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian dirakam di Gunung Talang, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @twosideess menunjukkan dua wanita itu menendang dan menarik rambut antara satu sama lain sambil disaksikan pendaki-pendaki lain. 

Punca perselisihan itu tidak diketahui. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bertengkar kerana gambar tidak cantik?” kata seorang netizen. 

“Kenapa perempuan bergaduh mesti tarik rambut?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |