2 lelaki direman angkara bertengkar buat pusingan-U

6 hours ago 6
Kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN
  • 28 Disember 2025, 12:45 pm

SEBERANG PERAI – Dua lelaki tempatan yang terlibat dalam pertengkaran di Jalan Permatang Nibong, Bukit Mertajam sehingga tular di media sosial direman empat hari, bermula hari ini hingga 31 Disember.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Nik Muhammad Shahrul Aiman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira pukul 9.40 pagi dengan diiringi anggota polis.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 37 saat memaparkan pertengkaran dua pemandu di tepi jalan tular di media sosial pada 25 Disember lalu.

Difahamkan, suspek berusia 44 tahun memandu sebuah Proton Exora manakala seorang lagi suspek berusia 28 tahun memandu Perodua Myvi.

Insiden dipercayai berpunca apabila pemandu Perodua Myvi, yang bekerja sebagai juruteknik, didakwa membuat pusingan U secara mengejut sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati pemandu Proton Exora yang merupakan kakitangan swasta. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |