’15 tahun sakit, aku tak pernah susahkan orang, hadap semua sendiri’

16 hours ago 7

PETALING JAYA – Kesabaran semakin tipis, penyanyi Elyana diuji kini kembali mula menjalani rawatan kemoterapi bakal mendedahkan identiti pemilik akaun laman sosial yang kerap mengganggu atau menyerangnya dengan kata-kata kesat.

Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 40, berkata, dia sudah tidak mampu lagi berdiam diri apabila berdepan manusia kurang ajar yang hanya berani di gelanggang media sosial.

“Maaf, saya tak kacau orang dan tak suka biadab dengan orang. Mulai hari ini, saya tidak akan bertolak-ansur dengan manusia biadab.

“Selepas ini siapa yang macam pengecut, aku tepek sekali muka di sini. Win-win situation (situasi menang-menang,” katanya dalam InstaStory.

Difahamkan, perkara tersebut berkaitan dengan komen seorang pengguna media sosial yang mempersoalkan penampilannya ketika ini.

Menurut ibu kepada dua cahata mata itu, perkongsian berkenaan sel kanser yang merebak semula bukan bertujuan meraih simpati orang ramai.

Malah Elyana juga berharap mana-mana pihak tidak salah faham dengan setiap hantaran yang dilakukan kerana itu hanya mengenai perkembangan diri selain mahu menyuntik semangat kepada insan sekeliling.

“Selama 15 tahun sakit, aku tak pernah menyusahkan sesiapa. Aku hadap dan tahan seorang diri.

“Aku seorang pesakit yang boleh membantu orang lain ketika sakit. Bahkan orang yang sihat pun aku tolong tanpa memikirkan diri sendiri.

Jadi aku terkesan bila orang kata nak minta simpati. Berhenti cakap aku minta simpati,” ujarnya.

Melalui hantaran lain pula, dia mengakui belum sebaik seperti orang lain, namun kesal apabila mendapati ada individu bersikap paling suci hingga sanggup menghina.

“Ya, mungkin aku belum sebaik atau sesuci kalian tapi niat kalian tak menghalalkan cara yang biadap.

“Aku tahu kat luar sana ramai yang rasa diri terpaling suci, sampai menghina dan jadikan aku bahan ketawa. Tapi hati-hati, jangan confident (yakin) sangat, sampai makan diri sendiri.

“Aku dah rasa proses hidup yang menyakitkan, takut bila kalian kat tempat aku, kalian tak boleh hadap nanti. Jadi jaga hati, jaga lidah, jaga jari,” tulisnya.

Terdahulu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akal Mu itu mendedahkan kembali menjalani rawatan kemoterapi sehingga mengalami keguguran rambut.

Elyana menghidap barah limfoma tahap empat sejak 2010 dan disahkan bebas daripada sel kanser pada 2021. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |