- Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
- 20 Julai 2025, 11:21 pm

CHANGLUN – Seramai 12 orang daripada empat keluarga terperangkap di kawasan hutan dekat Air Terjun Tirai ekoran tidak dapat menyeberangi sungai kerana arus deras, di sini malam ini.
Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan lima perempuan dewasa serta lima kanak-kanak.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.24 malam.
Katanya, kejadian melibatkan mangsa terperangkap di hutan kerana tidak dapat menyeberangi sungai ekoran arus deras.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam bertindak menggunakan tali untuk membawa mangsa ke seberang kerana air sungai semakin surut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE