KOTA BHARU – Seramai 100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di tiga daerah di Kelantan terjejas ekoran banjir yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad berkata, daripada jumlah itu, seramai 56 orang calon SPM itu terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang, Tumpat ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah kelmarin.
Menurutnya, seramai 29 calon ketika ini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) apabila kawasan rumah mereka terjejas banjir.
“Daripada jumlah itu, seramai 12 calon di Tumpat, Bachok (11) dan Kota Bharu (6) yang didapati paling ramai di tempatkan di PPS.
“Selain itu, seramai 15 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan di Tumpat dipindahkan ke asrama SMK Mahmud Mahyidin bagi memudahkan urusan mereka sepanjang SPM.
“Pelajar yang ditempatkan di SMK Mahmud Mahyidin dibawa menggunakan trak tentera untuk menjawab peperiksaan di sekolah asal mereka pada pagi ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyantuni calon SPM di SMK Sultan Ismail di sini hari ini.
Siti Norina memberitahu, kebanyakan calon yang terjejas banjir didapati akur untuk tinggal di asrama dan ada juga pelajar berpindah ke rumah saudara-mara terdekat bagi memudahkan pergerakan mereka ke pusat peperiksaan.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seramai 27,361 calon menjawab SPM 2025 di 286 pusat peperiksaan dari 10 daerah bermula hari ini.
“Pusat-pusat peperiksaan itu melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, SABK, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan dan calon persendirian,” ujarnya.
“Selain itu, 10 pusat peperiksaan alternatif diaktifkan sekiranya banjir berlaku di semua daerah.
“Setakat ini hanya satu sahaja pusat peperiksaan alternatif di SMKA Falahiah yang dibuka melibatkan pelajar SABK Nurul Huda Kajang Sebidang,” ujarnya.
Siti Norina berkata, JPN Kelantan turut menyediakan perkhidmatan psikososial kepada calon SPM yang terjejas dengan banjir bagi memastikan mereka menduduki peperiksaan dengan selamat. – KOSMO! ONLINE

5 days ago
15



![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)




































