Keadaan banjir di Kg. Paya, Changkat Jering semalam.
- Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
- 24 Oktober 2025, 8:17 am
IPOH – Mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila seramai 1,776 individu dari 609 buah keluarga kini ditempatkan di 23 buah pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak malam semalam.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, Larut, Matang dan Selama merekodkan jumlah mangsa paling ramai apabila 1,413 individu (502 keluarga) ditempatkan di 20 buah PPS.
“Sementara itu, 363 mangsa dari 107 buah keluarga di daerah Manjung pula berlindung di tiga buah PPS sejak semalam,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, terdapat beberapa PPS di kedua-dua daerah masih lagi dalam proses pendaftaran mangsa, dengan jumlah mangsa yang telah direkodkan adalah setakat pukul 4 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
4




































![[VIDEO] ‘Muka askar, suara pramugari’](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/06/Tangkap-layar-menunjukkan-seorang-lelaki-yg-mengubah-suaranya-seperti-wanita-250x141.jpeg)












