Keadaan banjir di Bukit Mentok, Kemaman hari ini. Foto oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN / KOSMO!
- Oleh MOHD AZLI ADLAN
- 20 Disember 2025, 9:30 am
KEMAMAN – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,391 orang daripada 369 keluarga di dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun.
Begitupun, Hulu Terengganu telah pulih daripada banjir dengan 121 mangsa daripada 27 keluarga yang sebelum ini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung Pengkalan Ajal telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Kemaman kekal daerah paling terjejas dengan 1,140 mangsa daripada 298 keluarga masih berada di tujuh PPS.
“PPS tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Chukai, SK Binjai, Dewan Sivik Air Putih dan Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih.
“Selain itu, PPS Dewan Semai Bakti Felda Neram 2 dan SK Lembah Jabor juga masih beroperasi di Kemaman,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBNT berkata, Dungun pula masih mempunyai 251 mangsa daripada 71 keluarga.
Beliau berkata, mereka masih menghuni PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4














![[VIDEO] Laman rumah boleh buat sewa gelanggang badminton](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/kereta-halaman-parkir.jpeg)
![[VIDEO] Cemas kereta diserang tanah tebuan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/kereta-tebuan.jpeg)

































