PUTRAJAYA – Yakult Dance Rope mengambil inisiatif memupuk semangat baharu dengan menggabungkan pendidikan kesihatan dan persembahan kreatif, sekali gus membudayakan amalan pemakanan sihat serta menggalakkan kecergasan fizikal murid sekolah melalui program Misi Sihat Yakult yang bertemakan Generasi Madani 2025
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, penglibatan pelajar dalam program kesenian yang dilaksanakan antara Yakult Malaysia Sdn. Bhd. dan Kementerian Pendidikan (KPM) tersebut mampu menyediakan mereka untuk menyertai pelbagai acara seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta membangunkan keupayaan, kemahiran dan tahan diri pelajar untuk berdepan pelbagai cabaran.
“Keterlibatan ini bukan sekadar mengejar pencapaian, tetapi berfungsi sebagai landasan untuk membina identiti, kreativiti dan keyakinan diri. Kita juga berharap agar melalui kegiatan seni, nilai-nilai seperti kerjasama, ketabahan, kesabaran dan semangat tidak mudah berputus asa dapat dibentuk dalam diri pelajar.
“Melalui penganjuran yang meluas ini, anak-anak kita bukan sahaja dapat membangunkan potensi diri, tetapi berpeluang memperoleh markah kokurikulum yang menjadi sebahagian daripada penilaian sahsiah pelajar,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Yakult Generasi Madani 2025 yang disertai kira-kira 50,000 murid dan guru daripada lebih 50 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd., Hiroki Yanase berkata, pihaknya komited memperluaskan pelaksanaan program itu pada tahun hadapan dengan memfokuskan lebih banyak sekolah, murid dan guru untuk mempelajari aspek kesihatan sambil berseronok.
Pada majlis itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Manjung, Perak telah diumumkan sebagai Pemenang Utama Anugerah Sekolah Terbaik 2025, diikuti oleh SK Damak, Pahang dan SMK Beserah, Pahang sebagai Naib Johan, manakala SK St. Francis Xavier, Sabah dan SMK Mulong, Kelantan di tempat ketiga.
SK Taurid Taud dan SMK Keningau, kedua-duanya dari Sabah menerima Anugerah Amalan Pemakanan Sihat Terbaik, manakala SK Damak dan SMK Keningau memenangi Anugerah Kerjasama Kantin Terbaik, diikuti oleh SK Slim River dan SMK Beserah menerima Anugerah Kuiz Dalam Talian Terbaik, sementara SK St Francis Xavier, Sabah dan Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur menerima pengiktirafan bagi Cabaran Tarian Tali Terbaik. – KOSMO! ONLINE

9 hours ago
2










![[VIDEO] Isteri Prince Syed masuk hospital tiada kaitan komplikasi bariatrik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Dr.-Abdul-Gafoor-ketika-mengulas-mengenai-keadaan-Fatin-Syazwani-di-TikToknya-semalam..jpeg)






![[VIDEO] Pengawal sekolah dirai besar-besaran pada majlis persaraan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-memaparkan-hantaran-oleh-@Kak-Rock-Laa-di-laman-TikTok.jpeg)






























