Wanita pengsan tren monorel bawa 373 penumpang terkandas

1 week ago 17
Kejadian wanita pengsan dalam monorail di laluan Medan Tuanku, hari ini. GAMBAR IHSAN BOMBA
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 20 November 2025, 1:42 pm

KUALA LUMPUR – Seorang wanita pengsan selepas sebuah tren monorel membawa 373 penumpang terkandas di Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku, di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pukul 9.39 pagi sebelum mengarahkan jentera ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa digerakkan bersama jentera FRT-1 dengan kekuatan lima anggota.

“Pasukan tiba di lokasi pada pukul 9.42 pagi dan mendapati tren berkenaan terkandas di laluan Medan Tuanku.

“Pihak pengurusan monorel memaklumkan keadaan adalah terkawal, manakala kerja memindahkan penumpang dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan.

“Sebanyak 373 penumpang berjaya dipindahkan dan terdapat seorang mangsa wanita berusia 58 tahun yang pengsan,” katanya.

Katanya, mangsa telah sedarkan diri selepas menerima rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |