‘Walau perkahwinan berakhir, besarkan anak tanggungjawab bersama’

10 hours ago 2

PETALING JAYA – Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah percaya bahawa tugas membesarkan anak adalah tanggungjawab bersama meskipun perkahwinan tidak lagi dapat diselamatkan.

Menurut Afifah, ibu dan bapa perlu memainkan peranan dengan mendidik anak-anak tentang semua aspek termasuk agama dan menanam sifat posiitf dalam diri.

“Walaupun perkahwinan sudah berakhir, amanah untuk membesarkan dan membimbing anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bersama.

“Perkongsian tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam Islam berlandaskan rahmah, kasih sayang dan tanggungjawab.

“Bersama-sama kita ajar mereka tentang cinta, hormat dan iman,” kongsinya menerusi Threads.

Dalam hantaran berbeza, Afifah berkongsi luahan isi hati mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu yang sanggup berkorban sepenuhnya demi anak-anak.

“Dalam sabar ada kekuatan, dalam doa ada harapan. Asbiru warabitu, Ya Allah, kurniakan ketenangan dan kekuatan buat hati seorang ibu.

“Aku mengandungkan mereka dengan kasih, membesarkan mereka dengan kesabaran, mendidik mereka dengan doa dan impian.

“Setiap langkah, setiap keputusan semuanya demi mereka,” katanya lagi.

Pada masa sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu turut menzahirkan rasa syukur apabila mendengar kisah dan pengalaman ibu-ibu lain yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

“Semakin banyak aku mendengar perjalanan ibu-ibu lain, semakin aku belajar untuk bersyukur.

“Terima kasih mommies, ibu, bonda, umi. Aku dengar kalian,” luahnya.

Semalam, Nuhhan memfailkan hadanah (hak penjagaan anak) tiga orang anaknya iaitu Aafiyah, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 hasil perkahwinan bersama Afifah.

Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menetapkan tarikh untuk sebutan kedua merekod persetujuan hasil perbincangan plaintif dan defendan adalah pada 26 November depan.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafa talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan Nubhan ke atas Afifah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |