PETALING JAYA – Seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Anis mendedahkan dia sudah lebih 10 tahun menetap dan bekerja di Malaysia dengan pendapatan mencecah RM5,000 sebulan.
Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik oleh SyokGeng di laman TikTok, Anis berkata dia bekerja selama 10 jam sehari tanpa cuti dan tidak bercadang untuk pulang ke negara asalnya.
Dia turut menyatakan dia lebih selesa mencari rezeki di Malaysia kerana kehidupan di sini dianggap lebih baik berbanding di negara asal.
“Malaysia okey, kerja okey, tidur okey, semua okey. Bangladesh yang tak okey,” katanya.
Video itu kemudian mengundang pelbagai reaksi netizen, antaranya seorang pengguna TikTok menggunakan nama @Homo Sapiens yang dipercayai bertugas sebagai pegawai sumber manusia (HR) untuk pekerja asing.
“Saya HR untuk pekerja warga asing macam dia. Memang gaji diorang hampir RM5,000 sebulan. Tapi kerja 12 jam sehari, rehat 1 jam, kerja 6 hari seminggu, tak pernah cuti, tak pernah MC.
“Hari cuti kalau suruh datang kerja pun sanggup datang. Suruh lah kerja apa sekalipun, diorang buat je. Tak pernah merungut, tak pernah complain. Kadang sakit-sakit pun datang kerja, tak nak ambil MC,” ujarnya.
Tambahnya, kebanyakan pekerja warga asing menghantar sebahagian besar gaji pulang ke kampung dan sanggup bekerja keras demi keluarga.- KOSMO! ONLINE
@syokgeng Bangla ni gaji rm5,000 guys! Kau hadoooo 🫣😝 #syokgeng #mrsyok #bangla #bangladesh ♬ original sound – SyokGeng