[VIDEO] Uzair patah semangat hilang dua adik

2 months ago 26

PETALING JAYA – “Semoga Allah kembalikan semula semangat Uzair”.

Demikian kata dititipkan pengguna media sosial apabila melihat keadaan Uzair Azman setelah dua adik perempuannya terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil dekat Terengganu, kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.59 petang, dua beradik iaitu Puteri Sajidah Azman,16, dan Siti Fatimah Azman, 13, maut ekoran dihempap batuan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Uzair yang turut tercedera dalam insiden berkenaan kelihatan diselubungi kesedihan ketika hadir solat jenazah arwah di Kampung Bukit Apit, semalam.

Ibunya, Ruziah Fuad, 46, juga dilihat sebak dan dipercayai masih trauma susulan kejadian itu yang meragut nyawa dua anaknya.

Berdasarkan video berdurasi 55 saat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, Maliaman Kassim yang turut hadir cuba menenangkan Uzair dan Ruziah dengan membacakan doa dan memberikan kata-kata semangat.

Sehubungan itu, rata-rata ramai bersimpati dan menitipkan doa susulan tragedi pilu yang menimpa Uzair dan keluarganya.

“Abang dia dah hilang semangat. Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada Uzair dan ibunya,” kata Fazidah.

“Sedihnya tengok Uzair. Kuatkan semangat adik untuk ibu awak,” luah Effa.

“Trauma melihat adik-adik dia tertimbus tanpa dapat bantu akan kekal menghantui diri. Semoga adik Uzair tabah serta menerima ketentuan Allah,” jelas Rafie.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Uzair yang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh tidak dapat melupakan jeritan dua adik perempuannya meminta pertolongan sewaktu terperangkap di dalam rumah mereka.

Uzair yang cuba membantu adiknya yang kesakitan bagaimanapun secara tiba-tiba pengsan sebelum diselamatkan bomba. – KOSMO! ONLINE

@ustazmaliamankassim Perjalanan terakhir arwah adik Sajidah dan arwah adik Fatimah diselubungi rasa sedih yang mendalam. Solat jenazah arwah di Masjid Kg Bukit Apit. Moga ibu arwah, Puan Ruziah terus kuat atas kepergian 2 insan yang tercinta ini, insyaallah.. syurga menanti mereka🤲 Al-fatihah #tanahruntuh #banjir2024 #TerengganuMajuBerkatSejahtera #ajilsejahtera ♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman
Read Entire Article
Pertanian | | | |