[VIDEO] Tiga budak kumpul ‘duit tabung’ nak makan durian

11 hours ago 4

PETALING JAYA – Berbekalkan duit berjumlah RM15, tiga kanak-kanak dengan gembira membawa wang mereka ke sebuah gerai menjual durian, di ibu negara semalam.

Ketika disoal oleh peniaga berbangsa India di gerai tersebut, masing-masing memberitahu membawa wang RM2, RM5 dan RM8 untuk menikmati durian.

“RM15 ada? Okey pegang dulu (duit). Mari, ini musang king. Tak payah timbang, tak payah bayar pak cik belanja,” katanya sambil mengopek durian berkenaan untuk diberikan kepada ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan.

Bukan itu sahaja, menerusi video yang dikongsikan di profil @Bala Durian, peniaga tersebut turut menambah sebiji lagi durian jenis lain untuk mereka bawa pulang dan nikmati bersama.

Tindakan peniaga itu membuatkan semua kanak-kanak berkenaan gembira sehingga berkali-kali meminta kepastian, apakah benar salah satu durian yang diberikan itu jenis musang king.

Hantaran itu menerima perhatian orang ramai yang tidak putus-putus memuji kebaikan peniaga tersebut, malah turut meminta lokasi gerainya untuk membuat pembelian.

“‘Respect’ Bala Durian. Semoga murah rezeki dan dipermudah urusan,” ujar @adl_skmn.

“Terbaik lah Bala Durian. Semoga terus maju untuk bangsa. Kita tetap 1 Malaysia,” komen @the shinubi stunna.

“Dia tanya banyak kali, ‘Ini musang king eh’? Punya la teruja. Kongsi lokasi kedai, saya nak beli dekat sini,” kata @ToyolTheLegend. – KOSMO! ONLINE

@bala_durian Simpan Duit untuk beli durian Duit Tabung ✅ Offer Durian 1bag Rm50 🎉🎉🎉 offer 🎉🎉🎉 #durianviral #durianlover #musangking #musanglovers #durianmurah #durianpadu #viralllllll ♬ original sound – Bala Durian
Read Entire Article
Pertanian | | | |