PETALING JAYA – Seorang wanita Russia merindui masakan Malaysia iaitu telur masak kicap, yang pernah dimakannya sewaktu mengembara di negara ini disediakan orang rakannya warga tempatan.
Menerusi video dimuat naik oleh Ella’s Travels, dia sangat merindui makanan tersebut sehingga sanggup memesannya di sebuah restoran di Indonesia dengan menunjukkan video masakan telur kicap tersebut.
“Masa saya di Malaysia, seorang rakan masakkan saya telur kicap. Saya sangat sukakan makanan ini, ia kegemaran saya. Tapi sejak saya tinggalkan Malaysia, saya tak jumpa makanan ini.
“Hari ni saya di restoran Indonesia, saya tunjukkan video dan minta mereka buatkan untuk saya. Hari ini saya makan telur kicap di Indonesia,” katanya menerusi video berkenaan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas, termasuk daripada rakyat Malaysia yang berseloroh ‘mempersoalkan’ rakan wanita itu menyediakan telur kicap dianggap menu paling mudah dan untuk orang ‘pemalas’.
“Siapa kawan dia tu? Pemalas betul, masakan telur kicap je. Hahaha,” kata pengguna TikTok Hey Lena.
“Siapa lah kawan dia tu. Scam kawan sendiri,” kata Hamzahamin097.
“Hahahaha, menu yang jarang kita jamu orang! Biasanya masak untuk diri sendiri saja,” kata Haaniy Homestay Ipoh.
“Dalam banyak-banyak lauk kat Malaysia, lauk paling malas ni yang dia ingat,” kata Gja Oren. – KOSMO! ONLINE
@exploella I miss Malaysian food so much 🥹 #malaysia #malaysianfood #southeastasia #travel #fypmalaysia ♬ Man I Need – Olivia Dean
6 hours ago
4

















































