PETALING JAYA – Penampilan sebiji durian dengan isi berwarna merah tular dalam kalangan netizen di media sosial.
Perkongsian Zati Fryday di TikTok menunjukkan sebiji buah durian yang dibelah dan menampakkan isinya yang berwarna merah terang.
“Borneo punya durian,” tulisnya pada ruangan kapsyen klip tersebut.
Difahamkan, durian jenis tersebut dikenali dengan pelbagai nama bergantung kepada kawasan tertentu.
“Kalau di Semenanjung kita panggil durian ini durian hutan atau durian daun. Cuma kadang-kadang tidak berwarna merah macam ini sangat,” komen seorang pengguna.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja dan ingin tahu lebih lanjut tentang jenis durian tersebut kerana bentuk dan warnanya yang unik serta jarang ditemui.
“Dekat kedai mana ada jual durian ini, teringin nak rasa sebab lain dari yang lain,” kata Baby Stitch.
“Boleh tak sesiapa tolong jelaskan rasa dia macam mana? bertanya dengan nada ingin tahu sebab memang tak pernah rasa,” komen Atiqah.
Dalam pada itu, segelintir netizen juga berseloroh dan mengaitkan rupa durian itu dengan watak kartun animasi tempatan.
“Rupanya durian yang opet makan dalam cerita Upin Ipin itu ada di dunia nyata ya,” ujar Sami.
“Tak sangka durian dari dunia opet sebenarnya dari Borneo,” balas Amir Firdaus. – KOSMO! ONLINE
@jxx.zaty Borneo punya durian😌 #durian ♬ suara asli – deHiraga