[VIDEO] Penyeluk saku Bukit Bintang ‘sakau’ RM10,000 ketika lintas jalan

13 hours ago 3

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas berkongsi rakaman penyeluk saku di Bukit Bintang menyebabkan ahli keluarganya mengalami kerugian sehingga mencecah lebih RM10,000, malam tadi.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @fifiemarzuki9 berkata kejadian berlaku ketika melintas jalan di lampu isyarat, apabila penyeluk saku itu muncul di tengah kesesakan orang ramai.

“Jumlah kerugian kira-kira RM8,200, termasuk wang tunai RM3,200 serta dua keping dinar syiling yang disimpan di beg sandang.

“Mohon orang ramai kongsikan perkara ini. Sekiranya ada sebarang maklumat, boleh dilaporkan kepada Balai Polis Dang Wangi,” ujarnya.

Video berdurasi sembilan saat itu menarik perhatian ramai sehingga meraih lebih 50,000 tanda suka dan hampir 35,000 perkongsian di TikTok.

Tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang bersimpati dan berharap pelaku dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

“Daripada gaya penyeluk saku itu, jelas ini bukan kali pertama dan memang dilakukan secara berkumpulan. Semoga segala urusan dipermudahkan sebab ada bukti jelas,” kata Ku Zahri.

“Lelaki (penyeluk saku) itu memang selalu ada di kawasan Bukit Bintang,” komen @Tuan_azriey93

“Kalau melancong, memang agensi pelancongan akan nasihat untuk elakkan memakai beg sandang belakang,” kata Hanna. – KOSMO! ONLINE

@fifiemarzuki9Tolong Share Ramai2 org ni ,area Bukit Bintang berhadapan dgn trafik light Lot 10,Jumlah Kerugiann RM8200 ,dalam Wallet ada 3200 cash dan 2 Dinar shiling.,Semoga Org ni kena tgkap Secepat Mgkin.Sebarang info sila hubung Balai Police Dang Wangi.TQ

♬ original sound – Fifie Marzuki

Read Entire Article
Pertanian | | | |