[VIDEO] Pengawal sekolah dirai besar-besaran pada majlis persaraan

13 hours ago 5

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan Sekolah Rendah Agama Seksyen 3 Shah Alam diraikan meriah oleh murid-muridnya semasa majlis persaraannya baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman TikTok, anaknya, @Kak Rock Laa, pengawal keselamatan yang bersara pada usia 68 tahun itu dilihat dipeluk dan dikerumuni pelajar ketika berjalan keluar dari dewan sebagai tanda penghargaan terhadap khidmatnya selama ini.

“Walaupun abah cuma pengawal keselamatan, abah tetap dikasihi dan disayangi oleh muridnya,” ujar anaknya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen berkenaan hantaran tersebut.

“Artis pun kalah dengan pakcik ni, saya dah nangis sekali ni, semoga sihat selalu,” ujar @Athiazln.

“Hidup ni kalau tak sombong akan dapat balasan yg kita sendiri tak tahu. Terima kasih pakcik,” komen seorang pengguna.

“Ramai peminat pakcik. Orang baik ramai sayang,” kata @Elhayra_digital_hub.- KOSMO! ONLINE

@rsm0nst3r_krl Walaupun abah cuma seorang pengawal keselamatan abah tetap disayangi dan dikasihi oleh anak³ murid kat sekolah tu..SELAMAT BERSARA ABAH…@Farah Laa @🌹 SeTiA PaDa SaTu 🌹 @NOUFA @Zul Chinot @tuniahasan @mohdpanut3 #SAYANGATOK‼️ #RINDUATOK‼️ #SRAseksyen3 #ShahAlam #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Bintang Budak Kacamata – lagendarock
Read Entire Article
Pertanian | | | |