[VIDEO] Pempengaruh dikecam buat live lucah, isteri turut gelak

3 hours ago 3

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang berani membuat siaran langsung di media sosial sambil merakam wajah seorang gadis yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran tanpa kebenaran, mengundang kemarahan ramai.

Lebih menjijikkan, lelaki terbabit yang juga suami kepada usahawan dari Kelantan bukan sekadar merakam wajah wanita itu secara terbuka, malah bersembang lucah dengan pengikutnya sepanjang sesi siaran langsung tersebut.

Rakaman berkenaan tular sejak semalam di platform TikTok dan Instagram selepas beberapa pengguna memuat naik semula potongan video menunjukkan wajah gadis yang jelas terpapar, sementara lelaki tersebut bersama pengikutnya membuat komen berbaur seksual dan lucah sambil makanan.

Antara komen yang ditinggalkan dalam sesi live itu termasuk kata-kata berunsur gangguan seksual serta gurauan keterlaluan terhadap tubuh mangsa, walaupun gadis tersebut langsung tidak menyedari dirinya dirakam.

Tindakan biadab itu mendapat kecaman hebat daripada netizen yang menyifatkan lelaki tersebut melampau dan tidak beretika.

“Kalau orang rakam muka adik atau kakak dia macam tu, sembang pasal badan perempuan tu, baru dia tahu rasa. Ini bukan konten, ini gangguan seksual,” tegur Insyirah.

Seorang lagi pengguna berkata, budaya ‘live content’ tanpa batas semakin membimbangkan kerana ramai sanggup memalukan orang lain demi tontonan dan perhatian.

“Sekarang orang buat apa pun nak viralkan. Tapi bila sampai tahap rakam orang awam tanpa izin dan cakap benda lucah, itu dah langgar undang-undang,” tulisnya.

Dalam pada itu, beberapa pengguna turut mencadangkan agar lelaki terbabit dikenakan tindakan undang-undang dan menyarankan wanita di dalam video tersebut membuat laporan polis.

“Sis (mangsa) buat ambil tindakan dan saman abang ini,” kata Yatie.

“Rakaman tanpa kebenaran yang menjejaskan maruah individu boleh diklasifikasikan sebagai gangguan seksual siber. Perbuatan ini bukan sekadar tidak bermoral, malah ada implikasi undang-undang yang serius,” kata seorang pengguna Instagram.

Netizen turut berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan segera terhadap individu terlibat. – KOSMO! ONLINE

@murshidafasha Lelaki Hazxxx Rich Empire Melucah… bini konon ala2 designer Uniqlo HanA Tajima… komen dari thread maziahahmad yg ak juga agree…Jadikan PENGAJARAN…BUKAN SUKA2 RECORD AND SHARE UR SANGAPAN… To the girl who was eating at the next table, I hope you come across this video and make a police report. This man’s actions are considered sexual harassment “he wish to fondling your breast” “he bet your nipple is pink” #fyppppppppppppppppppppppp #pdrm ♬ original sound – Fasha Aminophylline Murshida
Read Entire Article
Pertanian | | | |