PETALING JAYA – Seorang pemuda melangsungkan pernikahan dengan mengenakan baju Melayu nikah milik sahabat baiknya yang telah meninggal dunia, sekali gus mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok Makna Tales, lelaki tersebut dikenali sebagai Aidil bercerita dengan tetamu yang hadir pada majlisnya berhubung baju Melayu dipakainya.
Aidil memberitahu, baju tersebut sepatutnya dipakai oleh arwah pada hari pernikahan, namun tidak kesampaian apabila Najmi ‘dijemput pulang’ oleh Allah SWT.
“Baju nikah arwah Najmi, kawan baik Aidil tu. Aidil alter (ubah). Dia kan nak nikah lagi dua bulan, mak arwah kawan baik Aidil bagi,” katanya pada video berkenaan.
Pada kapsyen video Makna Tales, pihak berkenaan memberitahu, mereka mahu merakam kenangan Aidil pada majlisnya, namun ada kisah sedih di sebalik momen tersebut.
“Nak rakam momen ‘candid’ pengantin lelaki dengan tetamu dan keluarga, tapi sebak pula rasa. Al-Fatihah Najmi, sahabat baik Aidil.
“Mesti Aidil rasa awak ada sebab baju awak teman dia untuk majlis bahagia. Waktu pulangkan mikrofon dekat admin pun, pengantin sempat tanya, ‘cantik tak kak baju arwah kawan baik saya?’,” menurut kapsyen berkenaan.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang sebak dengan kisah berkenaan, selain berbangga dengan hubungan persahabatan antara Aidil dan arwah Najmi.
“Sayang betul dia dengan kawan baik dia ya. Bangga betul dia bercerita,” kata pengguna TikTok Kyla Mikhail.
“Nampak kau bangga bang dengan baju kawan kau. Aku tak kenal kau bang, tapi aku sendiri bangga dengan kau bang. Semoga berbahagian hingga hujung nyawa kau bang, amin,” kata Damien Altamis.
“Tahniah bang, kau dah tunjuk sahabat itu wujud,” komen Farisyazira.
“Moga bertemu dengan kawan baik abang dekat syurga Allah sana, amin,” ujar Maklehahennaart. – KOSMO! ONLINE
@makna.tales nak record moments candid pengantin lelaki dengan tetamu and family, tapi sebak pulak rasa. Al-fatihah Najmi, sahabat baik Aidil. Mesti Aidil rasa awak ada sebab baju awak teman dia on his big day. 🥹 *waktu pulang mic dekat min pun pengantin sempat tanya “cantik tak kak baju arwah kawan baik saya?” #wedding #weddingcontentcreator #fy #fyp #maknatales ♬ original sound – Theodore Stanley | Piano Cover
2 hours ago
3






![[VIDEO] ‘Dulu nenek dukung saya, sekarang nenek dukung cicit’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/cucu-nenek-cicit.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kalau aku kerja sini, 8 pagi masuk, 8.01 pagi dekat bilik jenazah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/pekerja-ular.jpeg)










![[VIDEO] ‘Hanya Allah tahu perit ujian bayi yatim piatu Laylaa’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.40.09-PM.jpeg)
![[VIDEO] Pajero ditemui, mangsa hanyut Sungai Klang masih hilang](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-12.18.37-PM.jpeg)





























