[VIDEO] Misteri titisan darah dari siling terjawab

1 week ago 14

PETALING JAYA – Suasana tenang di sebuah rumah kedai bertukar ngeri apabila seorang penyewa menyedari titisan cecair merah pekat menitis dari siling biliknya.

Penemuan mengejutkan itu akhirnya membawa kepada terbongkarnya satu kejadian tragis melibatkan penemuan mayat seorang lelaki yang sudah beberapa hari meninggal dunia di unit atas.

Menerusi perkongsian di TikTok @norman_affan, kejadian berlaku di sebuah rumah kedai apabila ada penyewa mengadu kepada pihak berkuasa tentang bau busuk dan titisan darah yang menitik dari siling biliknya.

Kata penyewa itu, terdapat seorang lelaki warga emas tinggal di unit atas biliknya namun sudah tiga hari tidak melihat kelibat individu berkenaan.

“Ada darah menitik, pak cik (warga emas) dah tak keluar rumah tiga hari. Pintu rumah dia tak boleh buka,” katanya.

Kemudian, beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia segera membuka pintu rumah lelaki terbabit dan mendapati terdapat mayat di dalam sebuah bilik.

Di ruangan komen, ramai yang menyifatkan titisan darah ke bilik jiran sebagai pertolongan dari Allah buat si mati.

“Banyak cara Allah nak sampaikan berita. Tengok dengan darah boleh orang tahu ada kematian. Sedangkan rumah atas itu kalau basuh simen ke apa ka, tak akan bocor jatuh ke rumah bawah. Allah Maha pemberitahu,” kata @Mzailani0982. – KOSMO! ONLINE

@norman_affan

ada DARAH menitik ke katil jiran bawah ??Al-Fatihah buat mangsa🤲🏼 #allah #bombamalaysia #rescue #bomba #abambomba #firefighter #dangerous #darah #body #fyp

♬ original sound – norman_affan – norman_affan

Read Entire Article
Pertanian | | | |