PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan ‘mat motor’ membunyikan hon kepada sekumpulan graduan yang sedang mengadakan sesi penggambaran pra-konvokesyen di Bukit Bintang, Kuala Lumpur menerima kecaman ramai.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Ibnujuharii, memaparkan beberapa graduan memakai jubah konvokesyen duduk di tengah jalan untuk bergambar, disaksikan pengguna jalan raya yang menunggu lampu isyarat.
Video berdurasi 15 saat itu memaparkan ramai penunggang motosikal membunyikan hon dan bersorak, seolah-olah ‘menyusik’ graduan bergambar.
“Kepada ‘mat motor’ yang hon, mesti cemburu sebab tak pernah buat sesi penggambaran pra-konvokesyen,” komen @Bigpou01.
“Bagi saya, tiada masalah nak ambil gambar di mana asalkan tak menyusahkan orang lain. Bukan selalu konvokesyen,” kata Ayda.
“Kenapa semua marah? Graduan itu ambil gambar ketika lampu merah, bukannya sehingga menahan kereta untuk bergambar,” komen @Qee. – KOSMO! ONLINE
@ibnujuharii Model katanya🤣 #malaysiacore2025 #malaysiacore #fyp #fypviralシ #4u ♬ QKThr – Aphex Twin
2 weeks ago
14

















































