PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki warga asing yang memakai baju seragam Pandu Puteri ketika menaiki basikal untuk menunaikan solat Jumaat mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @arm_mareskha, lelaki tersebut dilihat selamba mengayuh basikal sambil mengenakan baju Pandu Puteri dan berkain pelikat.
“Terjumpa cikgu koko (kokurikulum),” tulis pengguna tersebut di ruang kapsyen.
Perkongsian tersebut mencuri perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan penampilannya.
“Masalahnya koko pada hari Rabu. Dia pergi solat hari Rabu ke?,” kata @shahnizaleizat
“Akak ketawa sebab teringat baju Pandu Puteri anak akak. Tapi okay apa, sopan saja dia pakai bawa pergi solat Jumaat,” komen Azia.
“Tapi mereka ni yang rajin pergi solat Jumaat. Sanggup jalan kaki jauh-jauh. Segelintir orang kita, ada motosikal pun tak mahu pergi,” komen Julaidah. – KOSMO! ONLINE
@arm_mareskha rilek2 je#foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #salamjumaat #video ♬ original sound – ammarhasawi
15 hours ago
6

















































