[VIDEO] Lelaki tersepit pintu selepas cuba curi emas RM30,000

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Seorang lelaki ditahan selepas cubaan mencuri seutas rantai tangan bernilai RM30,000 di sebuah kedai emas di Dungun, Terengganu.

Merusi hantaran di TikTok, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki tersebut cuba melarikan diri melalui pintu hadapan kedai yang dikunci.

“Kali ini dia tak guna taktik duit palsu, tapi terus ragut emas dengan jumlah yang sama iaitu RM30,000,” katanya.
Malah katanya, lelaki berkenaan terlepas dari kedai emas di Chabang Tiga, Kuala Terengganu sebelum tertangkap di kedai emas tersebut.

Video berdurasi 42 saat itu turut memaparkan kaki lelaki berkenaan tersepit selepas cubaan melarikan diri sebelum pihak polis tiba di tempat kejadian.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah kedai emas di Chabang Tiga, Terengganu nyaris kerugian selepas seorang ‘pelanggan’ cuba membeli barangan kemas menggunakan wang palsu.

Menjengah ke ruang komen, ramai menyifatkan tindakan lelaki itu layak menerima hukuman penjara selepas menyusahkan

“Akhirnya tak dapat lari dan pastinya kena gari. Tinggal pula dalam rumah besi. Termenunglah sambil gigit jari,” komen @Fatimah.idris6

“Orang lain curi makanan diam-diam pun kena dua tahun penjara. Ini elok dipenjara lima tahun atau lebih. Baru panjang akal,” komen @Nenasinenass. – KOSMO! ONLINE

@kedaiemashnpkerteh Kali ni dia x guna skill duit palsu tapi terus ragut emas dgn jumlah yg sama 30k .. #duitpalsu#kedaiemashnptrafiklightmcd#kedaiemashnpkerteh #fypシ゚viralシfypシ゚ #curiemas ♬ Milk Tea – Official Sound Studio
Read Entire Article
Pertanian | | | |