[VIDEO] Kita sibuk suka kopi Korea, mereka suka kopi kita

14 hours ago 6

PETALING JAYA – Ketika rakyat Malaysia kini menggemari kopi segera dari Korea Selatan, rakyat negara itu rupa-rupanya turut meminati kopi tempatan.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @seonma_shin, seorang wanita Korea yang menetap di Malaysia berkongsi pengalaman membawa ibu bapanya yang datang dari Korea Selatan membeli-belah di pasar raya tempatan.

Menerusi rakaman itu, ibunya dilihat memilih dan membeli pelbagai jenis kopi keluaran Malaysia dalam jumlah yang banyak untuk dibawa pulang ke tanah air.

Selain kopi, wanita itu turut berkongsi keluarganya membeli beberapa produk tempatan lain seperti makanan ringan dan ubat gigi.

“Jom tengok apa cenderamata dari Malaysia yang ibu bapa saya dari Korea isi dalam bagasi seberat 50 kilogram,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut menarik pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya teruja dan berbangga melihat produk tempatan digemari warga luar.

“Selalu rasa teruja bila tengok barang-barang biasa yang kita guna hari-hari dianggap cenderamata istimewa oleh orang luar. Kita semua sama saja sebenarnya,” komen @wriotheslyneuvillette

Saya pernah beli kopi di Korea hampir 150 batang, tapi mak awak pula beli kopi dari sini,” kata Dieha.

“Ibu awak betul. Biskut Hup Seng dengan kopi memang padanan sempurna!,” komen Faizal. – KOSMO! ONLINE

@seonma_shin Let’ see what my Malaysia 🇲🇾 souvenirs my 🇰🇷 parents fill up in there 50kgs luggage #seonma #seonmashin #seonmaabang #koreaninmy #koreanmalaysia ♬ Happy and playful advertising plot-a relaxing and enjoyable afternoon – 福林斯通
Read Entire Article
Pertanian | | | |