PETALING JAYA – Kelantan mula dinaiki air bah di beberapa kawasan terutama di Kota Bharu, Tumpat dan Pengkalan Chepa hari ini.
Menerusi beberapa siaran langsung di TikTok menyaksikan kawasan-kawasan tersebut mula dinaiki air sejak pagi tadi apabila hujan lebat berlaku sejak semalam.
Dalam satu video secara langsung itu, keadaan di kawasan Lembah Sireh, Wakaf Bharu dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kota Bharu sedang dinaiki air banjir ketika ini.
“Buat masa ini air dah naik hingga betis di beberapa jalan utama di kawasan Kota Bharu. Hujan nampaknya masih tidak reda sehingga kini.
“ Agak merisaukan juga sebab sebelah Selatan Thailand sudah dinaiki air, harap semuanya selamat,” kata seorang pengguna TikTok.
Seorang lagi pengguna TikTok pula berkata, kerisauan ketika ini jika berlaku banjir di sebelah Hulu Kelantan terutama di Gua Musang kerana boleh berlaku banjir besar seperti tahun 2014.
“Saya risau kalau banjir di Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai. Kalau air limpah di sebelah hulu dulu maka kawasan hilir seperti Kota Bharu kena bersiap sedia,” katanya.-KOSMO! ONLINE
@info.terkini.banjir info terkini sg Kelantan 22.11.2025 #terkinikeadaanbanjir #doakeselamatan #tiktokbanjir #tiktoknews #infoterkini ♬ bunyi asal – INFO TERKINI BANJIR
1 week ago
15










![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)





























