PETALING JAYA – Lebuh raya utama ketika ini mula sesak berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.
Menerusi sebuah video yang dikongsi di TikTok, keadaan jalan raya sesak menuju ke Pantai Timur mengundang idea kreatif beberapa peniaga yang berniaga minyak petrol dan juadah berbuka di tepi-tepi jalan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji idea peniaga-peniaga yang boleh membantu mereka yang terperangkap dengan kesesakan selain bagi yang tidak sempat membeli juadah berbuka ataupun kekurangan petrol.
Bagaimanapun, ada juga yang menasihatkan agar peniaga dan pengguna jalan raya tidak meninggalkan sampah di tepi-tepi jalan.
“Meriah kalau balik Pantai Timur, kadang-kadang memang terpaksa berbuka dalam kereta. Tahun lepas pun beli makanan berbuka tepi jalan begini,” kata Nur.
“Berapa jam nak sampai Kelantan ni.. semoga semua rakyat Kelantan perantauan selamat pulang bumi hijau putih,” kata Abe Mark.
“Sampah jangan buang tepi-tepi jalan ya. Simpan sampah dalam kereta, nanti berhenti di R&R atau stesen minyak baru buang sampah tu. Buang kat kampung pun boleh juga, kita ubah sikap,” kata Sawibiru.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih sejuta tontonan. – KOSMO! ONLINE
@azim_388 Mna player² Central Spine Road ni. Jom meriahkan lgi suasana. #balikkampung #balikkelate #raya #rayakelantan #perantau #anokkelate #anakrantau #trafficjam #anakkampung #kelate #fyp #fypシ ♬ Balik Raya Kelate – Fadil Turbo & Ezeri Layang Puteh