PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang menjadikan ruang promosi makanan di sebuah pasar raya sebagai tempat menikmati makan tengah hari mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @itsnanyrahman, wanita berkenaan dilihat mencuba pelbagai jenis sampel makanan yang disediakan di beberapa gerai promosi.
Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan dia mencuba pelbagai jenis makanan seperti mi segera, teh tarik, ais krim serta beberapa makanan ringan yang lain.
“Sambil habiskan MySara sambil makan tengah hari sekali,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan tindakan spontan wanita itu.
“Sampel makanan memang sedap dia lain macam. Beli makan dekat rumah tak seronok pula. Ingat perlu beli lah mangkuk sampel makanan tu makan dalam tu mungkin jadi sedap,” komen @jusstenders
“Saya pernah bekerja yang bagi sampel makanan macam ni dan saya suka kalau orang ambil sampel kita,” kata Sofea.
“Bila baca komen baru tahu rupanya mereka ni suka bila kita ambil sampel makanan tu. Ingatkan kalau kita ambil tapi tak beli, mereka akan mengata. Okay, nanti kalau nampak lagi, saya pastikan saya ambil,” komen @puan_jue_z – KOSMO! ONLINE
@itsnanyrahman Dinner done ✅😂 #eating #samples #mydin #sampling #malaysiafoodie #dinner #fyp ♬ Not Like Us – Kendrick Lamar
14 hours ago
6











![[VIDEO] Isteri Prince Syed masuk hospital tiada kaitan komplikasi bariatrik](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Dr.-Abdul-Gafoor-ketika-mengulas-mengenai-keadaan-Fatin-Syazwani-di-TikToknya-semalam..jpeg)






![[VIDEO] Pengawal sekolah dirai besar-besaran pada majlis persaraan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Tangkap-layar-memaparkan-hantaran-oleh-@Kak-Rock-Laa-di-laman-TikTok.jpeg)





























