KUALA LUMPUR – “Saya sendiri menonton dan saya sendiri anggap video itu hujahnya kuat untuk disiasat, tetapi yang siasat itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)”.”Saya sendiri menonton dan saya sendiri anggap video itu hujahnya kuat untuk disiasat, tetapi yang siasat itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)”
Demikian penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video beberapa pemimpin politik di Sabah yang didakwa menerima rasuah dan masih tersebar di media sosial.
Kata beliau, dua individu telah pun didakwa, namun mereka yang lain yang dipercayai turut terlibat tidak akan dilepaskan begitu sahaja kerana kes jenayah tiada had masa.
“Mengapa didakwa tiga (individu sahaja)?Kerana alasan dan bukti yang kukuh. Yang lain masih ada keluar di video itu tidak pernah ditutup.
“Jadi pada hemat saya, saya tidak mahu mengarahkan mesti dakwa berdasarkan video, saya tak boleh. Ini yang kadang-kala diputar belit kenyataan saya di Sabah dia kata anwar menggunakan alasan ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengapa hanya beberapa individu sahaja telah didakwa berdasarkan rakaman video yang tersebut.
Perdana menteri sebelum ini dilaporkan memberitahu pemberita semasa mesyuarat di Kota Kinabalu bahawa klip video sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan bukti.
Anwar seterusnya berkata, dakwaan konon individu lain yang tidak didakwa kerana merupakan ahli politik dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak benar.
Kata beliau, dua individu yang telah didakwa tersebut malah ahli politik Kerajaan Perpaduan sekaligus menunjukkkan Kerajaan Perpaduan tidak melindungi mereka.
“Apa yang harus Perdana Menteri lakukan beri arahan yang kukuh jangan kecualikan sesiapa, tapi (dengan) bukti yang kuat.
“Apakah yang lain akan didakwa kemudian, itu saya tidak tahu, yang pokoknya belum di padam, belum ditutup kes mereka daripada maklumat yang saya sampai pada saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

20 hours ago
6














![[VIDEO] Terlepas ‘ajal’ sesaat, ramai tertanya apa amalan abang motosikal](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-18-at-9.11.15-PM.jpeg)


































