[VIDEO] Ingat baca mantera, rupanya ‘rap’ kira harga makanan

1 week ago 14

PETALING JAYA – Gelagat seorang pekerja kedai makan yang ‘rap’ sambil mengira harga makanan mencuri perhatian ramai dan mengundang gelak tawa pelanggan.

Menerusi hantaran oleh @Muhammadhafizf2 di TikTok, lelaki tersebut dilihat mengira harga makanan dengan pantas, seolah-olah sedang ‘rap’ sambil memegang sepinggan sate.

Dia turut sesekali menekan kalkulator untuk memastikan kiraannya tepat.

Aksi spontan itu menghiburkan beberapa pelanggan di meja tersebut, yang tidak dapat menahan ketawa dengan gelagat lucunya.

Hantaran itu telah menghiburkan pengguna media sosial yang tidak melepaskan peluang untuk berseloroh di ruangan komentar.

“Aku swipe (leret) sambil pejam mata, tiba-tiba dengar orang baca mantera. Sekali buka mata, lah tengah buat kiraan,” ujar @Azryputra30.

“Menangis Eminem tengok ni. Apa function (fungsi) kalkulator tu?” usik @Bckupacc99.

“Sepanjang itu cuma menjadi seratus tiga puluh lima,” komen @Ade.kurniawan_03. – KOSMO! ONLINE

@muhammadhafizf2 #sate #padang #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #xbcyza #lo #viral #viralllllll ♬ suara asli – Toko F 2
Read Entire Article
Pertanian | | | |