[VIDEO] Ibu tular tolak ‘stroller’ anak autistik cari roti 3 pagi kini koma

1 week ago 15

PETALING JAYA – Seorang ibu yang tular kerana sanggup menolak ‘stroller’ (kereta sorong) anaknya yang juga seorang kanak-kanak autistik pada pukul 3 pagi untuk mencari roti kini berada dalam keadaan koma selepas terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kampung Selamat, Sungai Buloh, semalam.

Kemalangan tragis itu berlaku sekitar pukul 2 pagi berhampiran stesen MRT Kampung Selamat, melibatkan wanita tersebut, suaminya, dan anak mereka.

Keluarga mangsa kini merayu agar saksi kejadian tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan dan permintaan itu disuarakan oleh adik mangsa, Sharifah Maizatul Syed Mansor, menerusi hantaran di Facebook.

“Kami mencari saksi kes langgar lari kakak, abang ipar serta anak buah kami di Jalan Kampung Selamat malam tadi. Terima kasih, hanya Allah mampu membalas jasa anda,” tulisnya.

Menurut Sharifah, kakak dan abang iparnya berada dalam keadaan kritikal dan masih belum sedarkan diri, manakala anak mereka mengalami kecederaan ringan.

“Kami amat berharap ada saksi yang melihat kejadian tersebut untuk membantu siasatan. Alhamdulillah, anak mereka selamat, tetapi kakak dan abang ipar masih belum sedarkan diri,” katanya.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi keluarga mangsa atau pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, seorang ibu sanggup menolak ‘stroller’ bersama anaknya yang juga autistik sekitar pukul 3 pagi semata-mata untuk memenuhi permintaan kanak-kanak itu yang mahu makan roti.

Menerusi video dimuat naik seorang pemuda dikenali sebagai Najmi pada TikTok @nxjmxe, pekerja p-hailing untuk terjumpa wanita tersebut bersama anaknya ketika melalui jalan raya di Kuang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

@nxjmxe Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage ♬ original sound – nxjmxe. – 🇲🇾🇾🇪nxjmxe.🇸🇾🇵🇸
Read Entire Article
Pertanian | | | |