PETALING JAYA – Mungkin pemilik Perodua Bezza boleh mula berasa megah apabila kereta sedan bajet kegemaran rakyat Malaysia itu kini menjadi pilihan rasmi polis Papua New Guinea (PNG) sebagai kenderaan peronda mereka.
Beberapa foto yang tular di media sosial hari ini menunjukkan barisan kereta Perodua Bezza berwarna putih lengkap dengan pelekat dan lampu siren polis di atas bumbung dipercayai digunakan oleh pasukan Royal Papua New Guinea Constabulary (RPNGC).
Fenomena itu segera mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen tempatan yang rata-rata teruja melihat “anak Malaysia” menembusi pasaran luar dalam bentuk paling tidak disangka sebagai kereta rondaan rasmi pasukan polis negara lain.
“Dari Grab ke patrol car, Bezza ni memang serba boleh!” tulis seorang pengguna di X sambil berkongsi foto kenderaan berkenaan.
Difahamkan, model Bezza yang digunakan polis PNG itu adalah versi eksport keluaran Perodua untuk pasaran luar Asia Tenggara, dipercayai dipilih kerana faktor penjimatan bahan api, ketahanan tinggi dan kos penyelenggaraan rendah.
Dalam masa sama, ramai menganggap langkah itu sebagai satu bentuk pengiktirafan tidak rasmi terhadap kejuruteraan automotif Malaysia, malah ada yang mencadangkan agar kerajaan Malaysia memberikan penghargaan khas kepada Perodua atas “kejayaan diplomasi Bezza” tersebut.
“Bangga weh! Negara luar pun percaya pada produk kita. Lepas ni kalau tengok Bezza parking tepi jalan, hormat sikit mungkin itu kereta polis PNG,” tulis seorang lagi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE.
@brittany.jane93 “Who knew the Perodua Bezza could pull off the police car look? Here you go! 🇵🇬 🚨🚔🚓👮♀️👮♂️ #perodua #peroduapnglimited #bezza #sedan ♬ Working in Progress – Phortte Music
5 hours ago
2

















![[VIDEO] Berpeluh dalam komuter 40 minit](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2025-11-04T141912.331.png)































