[VIDEO] ‘Cik kak, awaklah kena stop dulu, orang tu main road’

3 hours ago 2

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu wanita yang memandu Perodua Alza serta didakwa mengubah laluan dari susur kiri ke kanan serta dikatakan tidak menghiraukan kenderaan dari belakang, mengundang kemarahan pengguna media sosial lain.

Bukat setakat ubah laluan sewenang-wenangnya, wanita itu juga didakwa mengejar kenderaan lain yang dikatakan tidak memberikan laluan kepadanya untuk ke kanan sedangkan pemandu tersebut dipercayai berada di lorong betul.

Menerusi rakaman video kamera papan pemuka atau dashcam yang tular di media sosial, pemandu lelaki iaitu pemilik dashcam berkenaan memandu di laluannya serta melalui simpang empat lampu isyarat.

Sebaik sahaja dia melepasi simpang tersebut, terdapat dua buah kereta keluar dari susur kiri dikatakan mahu mengubah laluan ke kanan iaitu jalan utama dilalui pemilik dashcam tersebut.

Sebuah kereta yang keluar dari susur kiri itu masih berada di laluannya, namun pemandu wanita Perodua Alza tersebut didakwa terus mengubah laluan serta dikatakan tidak menghiraukan kenderaan dari belakang.

Bagaimanapun, pemandu iaitu pemilik dashcam itu tetap meneruskan pemanduannya dan tidak semena-mena, pemandu wanita Perodua Alza berkenaan dipercayai mengejar dan mengekori lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian memberhentikan kenderaannya di tepi dan sebaik menemui wanita tersebut, dia terus memarahinya serta menyalahkan pemilik dashcam berkenaan.

Video itu mengundang kemarahan orang ramai terhadap wanita tersebut apabila masing-masing mengecamnya serta mendakwa dia sepatutnya mengubah laluan ke kanan dengan berhati-hati serta perlu memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama terlebih dahulu.

“Ewah cik kak, awak tu susur. Awak lah kena stop (berhenti) dulu. Orang tu main road (jalan utama), apa salahkan orang. Encik JPJ tolong masukkan dia kelas balik,” komen seorang pengguna Thread.

“Keluar simpang atau susur lebuh raya ke, masih kau kena perlahan. Bukan salahkan orang yang jalan lurus,” komen seorang lagi individu.

“Kak, malunya lahai. Macam ni lah kak, tak payah marah orang dah. Nampak akak kurang cerdik kat sini. Kalau rasa nak marah orang, pendam saja lah. Balik rumah marah lah suami ke, pintu ke, dinding ke,” kata pengguna Thread lain.

“Dia punya keluar simpang, terus ambil lane (lorong) kanan. Elok JPJ hantar dia pergi ambil lesen balik,” komen individu lain. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |