[VIDEO] Bos beri ‘angpau’ siap pakej cium dahi

6 days ago 11

PETALING JAYA – Seorang majikan di sebuah bengkel menerima pujian apabila bermurah hati memberikan ‘angpau’ kepada pekerjanya yang berbangsa Melayu sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menerusi perkongsian @Kelvinyap8 di TikTok, majikan berbangsa Cina itu dilihat menyerahkan sampul besar berwarna merah kepada pekerjanya yang telah berkhidmat di bengkel tersebut selama lima tahun.

Lebih mengejutkan, dia turut mencium dahi pekerjanya sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan atas dedikasi yang diberikan.

Reaksi pekerja itu menjadi tumpuan apabila dia tersenyum lebar setelah membuka ‘angpau’ dan melihat kepingan wang RM50 dalam jumlah yang banyak.

Selain itu, Kelvin turut memberikan satu lagi sampul merah yang berisi beberapa keping RM50 dan menyatakan bahawa itu merupakan bonus ‘rajin’ sebagai penghargaan tambahan.

Pada penghujung video, dia dilihat melakukan perkara yang sama kepada seorang lagi pekerjanya.

Hantaran itu telah meraih pujian daripada pengguna media sosial yang juga tumpang bahagia melihat kebaikan majikan terhadap pekerjanya.

“Ini mesti sayang gila bos pada pekerja dia sebab kiss (ciuman) itu mahal,” ujar @Aisyawatan.

“Kau jangan lari dapat bos macam ni. Ramai lagi nak bos macam ni cuma belum ada nasib,” kata @Ejoy871.

“Majikan Cina kalau dah percaya dengan pekerja, dia tak akan berkira pasal duit,” komen @dila.azmi. – KOSMO! ONLINE

@kelvinyap81 #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #viral #fyppp #fypppppppppppppp #@apiss @Iwanpic ♬ 恭喜发财发大财 – M-Girls
Read Entire Article
Pertanian | | | |