[VIDEO] Babi masuk bandar, orang ramai bertempiaran lari

7 hours ago 3

PETALING JAYA – Aksi seekor babi hutan yang tiba-tiba muncul dan berkeliaran di kawasan Taman Bandar Kuantan, Pahang mencetuskan kekecohan dalam kalangan orang awam.

Menerusi satu klip video berdurasi 27 saat dikongsikan di TikTok milik Mama Khalish, kelihatan pengunjung taman berlari lintang-pukang mengelak daripada disondol haiwan liar itu.

“Taman Bandar diserang babi besar. Bahaya betul, nasib baik tak ada yang kena sondol,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat individu yang menjerit memberi amaran kepada orang sekeliling.

“Sumpah aku tergelak budak tu cakap ‘ada babi’ hahaha,” komen Gee.

“Lawaklah ‘lari, ada babi’… dah satu hal mengekek pagi buta ni,” seloroh seorang pengguna.

“Mak keliru nak marah ke tak… pesan dekat anak jangan sebut babi, tak baik. Masalahnya babi ada depan mata, kena kejar pula tu. Terpaksa kena sebut jugalah,” kata Aizurin berseloroh. – KOSMO! ONLINE

@fizamezohhh Taman Bandar diserang BAB* besar. Bahaya betol, nasib baik xde yg kene sondol. 🤣 #tamanbandarkuantan #kuantan #pahang #kuantanpahang #babi ♬ 搞笑滑稽搞怪 – MrM
Read Entire Article
Pertanian | | | |