VANZO perkenal pengalaman wangian pintar untuk kenderaan

1 month ago 36

SHAH ALAM – Jenama wangian terkemuka, VANZO memperkenalkan produk terbaharunya, iaitu Peresap Pintar untuk Kereta VANZO (VANZO Smart Car Diffuser) yang menggabungkan teknologi pintar dengan wangian sihat yang memberikan penggunanya pengalaman memandu lebih segar dan elegan.

Peresap Pintar untuk Kereta VANZO dilengkapi dengan teknologi sensor getaran canggih, yang secara automatik akan menghidupkan diffuser apabila kereta dihidupkan, dan memasuki mod rehat selepas lima minit apabila kenderaan diparkir.

Direka untuk beroperasi secara senyap dengan semburan 360 darjah, peresap pintar berkenaan menjadikan setiap sudut kereta terasa segar.

Dalam era di mana kesihatan semakin dititikberatkan, VANZO komited dengan prinsip ‘Kesihatan Adalah Keutamaan’ dengan setiap semburan produk baharu itu bebas daripada alkohol industri, formaldehid (gas beracun, tidak berwarna, berbau sengit, digunakan sebagai pengawet dalam sintesis kimia) dan toluena (sebatian organik yang mudah terbakar, tidak berwarna, digunakan sebagai pelarut) bagi memastikan persekitaran wangian yang selamat dan mesra pengguna.

Empat wangian berbeza disediakan bagi memenuhi kehendak pengguna yang berlainan.

Selain itu, Peresap Pintar untuk Kereta VANZO memiliki jangka hayat yang lama dan mod wangian fleksibel, di mana dengan pengecasan hanya selama dua jam, ia mampu beroperasi sehingga 30 jam atau 100 hari.

Terdapat tiga pilihan mod semburan, iaitu:

  1. Mod Lampu Biru: 1 semburan/minit (1.5saat) untuk aroma segera.
  2. Mod Lampu Hijau: 1 semburan/2 minit (3saat) untuk haruman seimbang.
  3. Mod Lampu Merah: 1 semburan/3 minit (3saat) untuk aroma lembut.

Pengarah Eksekutif VANZO, Michael Tan berkata, Peresap Pintar untuk Kereta VANZO adalah produk inovatif yang bukan sahaja mengharumkan persekitaran ruang dalaman kereta, tetapi juga disasarkan untuk menjadi penanda aras baharu dalam industri.

Pengarah Eksekutif VANZO, Michael Tan

“Di VANZO, kami ingin mengubah cara pemilik menikmati wangian di dalam kereta mereka.

Smart Car Diffuser kami bukan sekadar alat wangian, ia adalah teman pintar yang memudahkan pengalaman memandu dengan reka bentuk bergaya, fungsi pintar, dan keselesaan maksimum,” katanya dalam satu kenyataan.

VANZO menawarkan empat wangian eksklusif untuk Peresap Pintar untuk Kereta VANZO iaitu:

  1. Secret Musk: Bayu laut dan haruman bunga yang memikat.
  2. Classic Blossom: Haruman anggun yang memancarkan suasana hotel mewah.
  3. English Pear & Freesia: Gabungan buah pir yang lembut dan keharuman amber yang mewah.
  4. Cloud Mist Tea Essence: Gabungan harmoni teh, buah, dan bunga.
Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha memuji Peresap Pintar untuk Kereta VANZO yang disifatkan mereka sebagai elegan dan berkualiti.

Antara yang telah merasai pengalaman menggunakan produk terbaharu itu ialah pasangan selebriti terkenal, iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Mereka berdua memuji ciri pintar dan reka bentuk elegan produk berkenaan, yang direka untuk golongan yang menghargai kualiti dan kesederhanaan dalam kehidupan seharian.

Peresap Pintar untuk Kereta VANZO kini boleh didapati di kios VANZO, kedai dalam talian, platform e-dagang, pasar raya, cawangan Watsons, kedai aksesori kereta dan banyak lagi.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.vanzoasia.com. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |