ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada mahasiswa untuk memilih barisan kepimpinan mereka selaras pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, langkah itu memperkukuh budaya demokrasi kampus dan membina asas kepimpinan yang matang dalam kalangan pelajar.
“Autonomi ini memastikan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) dan Persatuan Pelajar Fakulti (PPF) benar-benar ditentukan mahasiswa sendiri.
“Setiap proses ini mengasah kemahiran membuat keputusan serta memupuk integriti dalam kalangan pemimpin muda,” katanya di sini semalam.
Menurut beliau, pembangunan kepimpinan mahasiswa menjadi teras dalam Pelan Strategik UniMAP sejak 2020.
“Pelan strategik itu berjaya memperkukuh pengalaman kampus holistik dan menyumbang kepada kadar kebolehpasaran graduan 98.9 peratus pada 2024.
“Fokus baharu 2026-2030 memberi penekanan kepada pemetaan bakat, perspektif global dan kerjasama industri,” ujarnya.
Katanya, pendekatan itu memastikan mahasiswa dibekalkan kemahiran masa depan serta kemampuan memimpin dalam pelbagai lapangan.
UniMAP turut menyediakan platform pembangunan pelajar melalui program berimpak tinggi seperti SUKA@PERLIS, VISION-X dan I-FUTURE@UniMAP.
Program tersebut menyokong pembinaan sahsiah, kepimpinan, kesukarelawanan dan patriotisme secara menyeluruh.
Dalam pada itu, Yang Dipertua MPP Sesi 2025/2026, Muhammad Akram Ariff Shahruddin dipilih untuk tahun kedua berturut-turut selepas menerima mandat daripada majoriti mahasiswa.
Muhammad Akram Ariff berkata, tanggungjawab yang perlu dipegang adalah besar dan harus dijunjung dengan komitmen tinggi demi kebajikan mahasiswa.
Katanya, pemimpin mahasiswa bukan sahaja membawa suara pelajar, tetapi memastikan agenda pembangunan dilaksanakan secara inklusif serta berimpak.

1 week ago
17










![[VIDEO] ‘Sedihnya…Tok Wan Jagung Gurun dah tinggalkan kita’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/tok-wan-jagung.jpeg)






![[VIDEO] Positif dadah, pemandu lori lawan arus 150 km ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/lori-lawan-arus.jpeg)

![[VIDEO] ‘Bukan pandang belakang kak, pandang depan’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/konvo-utim.jpeg)





























