SHAH ALAM – Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Jabatan Alam Sekitar (JAS) dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima bayaran RM9,110 bagi kerja membaik pulih rumahnya, empat tahun lalu.
Tertuduh, Dr. Norhazni Mat Sari, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.
Norhazni didakwa sebagai TKP (Pembangunan) JAS telah menerima wang tunai RM9,110 tanpa balasan bagi baik pulih rumahnya daripada seorang pengarah syarikat berusia 42 tahun yang mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi tertuduh.
Perbuatan itu didakwa berlaku pada 25 Mei 2022 di cawangan sebuah bank di Klang apabila bayaran tersebut dipindahkan ke akaun syarikat kontraktor bagi kerja baik pulih rumahnya di Putra Heights, Subang Jaya.
Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan agar menggunakan jaminan telah ditetapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini dan memohon memindahkan kes untuk dibicarakan bersama di mahkamah tersebut.
Peguam Haresh Mahadevan mewakili tertuduh tidak membantah cadangan pihak pendakwaan.
Sebutan semula ditetapkan 19 Mei depan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Norhazni mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan menerima RM21,000 tanpa balasan menerusi enam transaksi berlainan melalui akaun bank anaknya daripada seorang pengarah sebuah syarikat.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan Bukit Bintang di sini antara 18 April 2022 hingga 19 Julai 2024 yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000. – KOSMO! ONLINE

7 hours ago
7













![[VIDEO] ‘Di kala PMX pesan jimat cermat, open house tetap on’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/jalan-sesak.jpeg)
![[VIDEO] ‘Terima kasih pinjamkan Amirul Ashraf’, bapa setia hingga ke liang lahad](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/lemas.jpeg)


































