Timbalan Pendakwa Raya SPRM terbabit dadah direman 3 hari

4 weeks ago 22
Keratan Kosmo! Online berkaitan penahanan seorang TPR SPRM dipercayai miliki dadah.
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 24 September 2025, 10:23 am

PETALING JAYA – Seorang Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan semalam kerana disyaki memiliki dadah direman selama tiga hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan membabitkan lelaki berusia 30-an itu.

“Ya saya sahkan (tangkapan) dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek direman tiga hari sehingga 25 September ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang TPR SPRM ditahan polis di kediamannya kerana disyaki memiliki dadah.

SPRM dalam kenyataan berkata, individu tersebut baharu sahaja melaporkan diri pada minggu lalu untuk bertugas di suruhanjaya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |